Youtuber Viral

RM12.00

Penerangan

Terkenal dan dikenali menjadi impian semua, Tentu sedih apabila segala yang dilakukan tidak disedari. Adakalanya kewujudan di muka bumi seakan-akan tidak dihargai.

Makanya semakin berleluasalah bermacam cara digunakan untuk dikenali. Berbekalkan pelbagai aplikasi yang semakin terkini, remaja kini semakin berani.

Mereka memberi alasan, segalanya kerana mengikut peredaran zaman. Malah hingga ada yang cuba-cuba merubah ciptaan Tuhan! Ia dilakukan kerana mahu validasi dan penghargaan. Walau bersifat sementara dan tidak kekal, masih lagi majoriti remaja di luar sana berebut-rebut mahu mengejar populariti viral.

Kisah-kisah dalam novel ini menyentuh tentang sisi kehidupan remaja yang terperangkap dengan masalah ingin dikenali walaupun menggadai peribadi sendiri.

Tentunya keinsafan mereka menuntut pengorbanan.

Sedarkah,.. mungkin kita juga berada dalam kisah-kisah mengejar viral ini?Adakah kita bersedia berkorban kehidupan hanya untuk perhatian?

Novel ini sesuai buat bacaan remaja, bagi menyedarkan mereka tentang had-had sempadan yang perlu ada dalam berkongsi sisi kehidupan peribadi di media sosial.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Youtuber Viral”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…