APRIL FOOL ASMARA

RM30.00

Penerangan

Bayangkan engkau dan pembuli paling tidak berperi kemanusiaan, jatuh cinta dengan lelaki yang sama. Tidak!!

Sepuluh tahun selepas tragedi berdarah April Fool Asrama.

Kini Jannah memiliki bisnes sendiri, Prankster Shop nama diberi. Mahu menyakat orang? Jumpa sahaja Jannah, pasti niat menjadi realiti.

Tetapi karma buat Emma. Dek sibuk berdendam, kerjaya tenggelam ke laut dalam. Cemburu dengan kejayaan Jannah, Emma tidak mahu mengalah. Nekad membenam kehidupan musuh sejak zaman sekolah.

Siapa sangka hati mereka terpaut pada seorang jejaka!

Zayne Malique, sahabat baik Jannah ketika di universiti. Kacak dan baik budi pekerti. Dalam diam Jannah menyimpan perasaan, namun untuk meluahkan dia tidak punya kekuatan.

Nampaknya Emma lebih berani. Walau apapun cara Zayne mesti dimiliki. Bimbang rahsia silam terbongkar. Di hadapan Jannah, Emma berubah. Dulu bicaranya kasar, sekarang lembut gigi daripada lidah.

Adakah Zayne akan menyedari ketulusan cinta Jannah? Atau terpedaya dengan kepura-puraan Emma?

April Fool Asmara ada jawapannya, heh!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “APRIL FOOL ASMARA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…