Juvana: Basikal Lajak

RM12.00

Penerangan

Alan, pelajar 15 tahun yang tersangat liar dan nakal. Dia bersama tiga sahabatnya sering melakukan masalah yang memeningkan warga sekolah. Malas belajar, tidak buat kerja rumah, malah biadab lagi kurang ajar.

Bermain basikal lajak menjadi aktiviti utama empat sahabat ini. Ada sahaja modifikasi basikal yang dilakukan. Sistem brek dibuang biar kayuhan laju bagaikan kereta lumba F1. Malah gaya menunggang juga pelbagai ragam. Ada yang berbaring seperti Superman dan ada yang berdiri seimbang bagaikan ahli gimnas. Langsung tidak peduli keselamatan diri mahupun orang lain. Kenakalan mereka terkenal bukan sahaja di dalam, tetapi di luar sekolah juga. Alan menjadi ketua, berbangga dengan geng nakal yang digelar Sahabat Liar Selamanya.

Cikgu Masdon, guru disiplin baru yang garang tahap raksasa. Sebut nama sahaja mampu membuatkan seluruh warga sekolah menggeletar dan menggigil seram. Salah laku disiplin akan dihukum secukup-cukupnya. Habis lebam-lebam dan berbirat tangan akibat kesan rotan. Kaki samseng dibanteras, pelumba basikal haram juga turut tidak terlepas!

Kehidupan dua individu ini bertemu di satu keadaan yang penuh tragis lagi berdarah. Kisah tentang remaja mencari kebebasan. Kisah tentang lelaki yang mencari keampunan. Kehidupan yang terlajak liar penuh dosa, hanya diakibatkan oleh sebuah basikal lajak.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Juvana: Basikal Lajak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…