Akibat Gila Viral

RM12.00

Penerangan

Terkenal dan dikenali menjadi impian semua. Tentu sedih apabila segala yang dilakukan tidak disedari. Adakalanya kewujudan di muka bumi seakan-akan tidak dihargai. Makanya semakin berleluasa pula bermacam cara untuk dikenal ramai. Berbekal pelbagai aplikasi media sosial yang semakin terkini mengikut peredaran zaman dan pelbagai cara merubah ciptaan Tuhan. Dengan alasan mahu lebih dikenal ramai.

Apabila dosa diletak ke tepi dan cara haram menjadi pilihan… ramai tidak sedar penggunaan media sosial juga boleh jatuh dosa, jadi fitnah dan mampu membinasakan perhubungan jika tersalah menggunakannya!

Lima kisah viral ini menyentuh lima kisah sisi kehidupan manusia yang terperangkap dengan masalah ingin dikenali walaupun menggadai peribadi sendiri. Tentunya keinsafan menuntut pengorbanan dan kesedaran yang bukan sedikit. Ia kisah-kisah yang banyak terjadi dalam kalangan remaja tetapi didiamkan kerana ia memalukan dan tiada ruang mahu berbincang.

Sedarlah, mungkin ada antara adik beradik dan saudara-mara terdekat kita turut terjerumus berada dalam salah satu kisah viral ini. Bersedia berkorban kehidupan hanya untuk menjadi perhatian. Maka bagaimana cara terbaik mahu kembali ke jalan kesederhaan? Ini kerana hidup dunia adalah sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Maka gila viral yang dikejar itu pasti sia-sia. Inilah kisah yang amat baik untuk bacaan remaja bagi menyedarkan tentang realiti sebenar kehidupan… bukan angan-angan indah popular yang hanya seketika.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Akibat Gila Viral”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…