PROMOSI OKTOBER!

Kejayaan Yang Tertangguh

RM12.00 RM10.00

Penerangan

Pelbagai teknik belajar telah dipelajari. Panduan-panduan kejayaan dari para ahli motivasi sudah puas diikuti. Namun kejayaan masih jauh daripada jangkauan. Terlalu jauh daripada garapan.

Belajar begitu tekun sekali. Belajar berkumpulan, teknik memori, merancang jadual belajar dan teknik membaca semuanya sudah diamalkan. Namun kejayaan bagaikan tidak mahu menghampiri diri. Terlalu sukar dikecapi.

Rasa tertekan mencengkam diri mengenangkan perlu memeluk kejayaan yang tidak kunjung tiba. Mungkin ada perkara-perkara yang menangguhkan kejayaan kita. Perkara-perkara yang tanpa sedar dilakukan sehingga menjadi batu penghalang kejayaan.

Ketahuilah puncanya dan fahamilah sebaiknya-baiknya melalui buku ini. Anda boleh mengelakkan punca kejayaan anda tertangguh. Kejayaan lebih mudah dikecapi jika sungguh-sungguh mengubah tabiat buruk menjadi disiplin setiap hari.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kejayaan Yang Tertangguh”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…