Cinta Ibu Ke Syurga

(4 customer reviews)

RM12.00

Categories: , Tag:

Penerangan

Allah SWT telah berfirman dalam surah Al Israa’ ayat ke-27, “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. 

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”. 

Buku ini mengumpulkan 5 cerita yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kasih sayang seorang ibu membawa ke syurga. Malah turut terselit mengenai pelbagai fakta menarik sebagai ilmu tambahan dan pedoman masa hadapan.

“A mother may be imperfect but she will always love perfectly.”

Ini buku yang WAJIB dibeli dan dimiliki. Untuk semua yang mahu memperbaiki diri. Kelak insya-Allah kita akan bersama masuk ke SYURGA Ilahi.

Cinta ibu membawa ke syurga. Tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia. Sayangi ibu bapa. Hargai mereka. Kita mesti menjadi anak soleh solehah dan berguna!

4 reviews for Cinta Ibu Ke Syurga

  1. Nurul Fatin Alya

    Masa saya baca buku ni , saya menangis daripada akhir kisah 1 hingga pengakhiran kisah 5. Jujur , memang tersentuh hati bila baca dan sering teringat yang saya ada buat salah dengan ibu saya😭 selepas baca buku ini,saya terus peluk ibu dan meminta maaf💞
    .
    kulit buku ini cantik dan berbunga🌹♡

    *CABARANCUTISEKOLAH04

  2. Nurul Fatin Alya

    BUKU YANG MENARIK DAN TERSENTUH HATI PADA SESIAPA YANG MEMBACANYA

  3. Nur Norzamani

    #CABARANCUTISEKOLAH04
    Nama:Nur Alya Syuhada Binti Norzamani
    Nombor ahli:BTJ055
    Buku yang dipilih:Cinta Ibu ke Syurga

    Cuba korang bayangkan dahsyatnya cinta ibu kita sampai sanggup korbankan diri sendiri untuk menyelamatkan kita.Walau sejahat mana pun ibu kita ingatlah “syurga di bawah tapak kaki ibu”.Dalam buku cinta ibu ke syurga ni ada pelbagai kisah menarik seperti bagaimana seorang ibu menjaga anaknya yang autisme sehingga pada suatu hari anaknya yang autisme itu menjadi seorang seniman genius persis Leonardo da Vinci.Selain itu,kita juga akan mendapat ilmu tambahan untuk dijadikan pedoman kita pada masa hadapan.Oleh itu,belilah buku yang sangat menarik ni yang dihasilkan oleh dua orang penulis hebat ni,nana syazana dan Haida Kamaruzaman.

  4. Intan Nur Ainbalqish Binti Abdul Rahim

    Memang tersentuh hati..
    Dan menangis nangis saya semasa membaca

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…