Penerangan
Dunia ini bukanlah kekal, hanya persinggahan semata-mata. Ia akan musnah jua, Di akhir hayat bumi ini dengan kehancuran maksima menemui penamat hakiki iaitu KIAMAT yang ditakuti semua.
Manusia – bakal mati.
Bintang-bintang berjajaran di dada langit – pasti berlanggaran sesama sendiri.
Gunung-gunung yang megah – runtuh dan ranap menyembah bumi.
Lautan tenang – nantinya akan bangkit ombak-ombak tinggi menghancurkan segala isi bumi.
Namun…sebelum segala kemusnahan itu berlaku, manusia akan diuji terlebih dahulu. Ujian keimana…sama ada teguh ataupun mudah dipesongkan. Kemunculan Dajal Al-Masih iaitu si makhluk jahat yang penuh tipu daya, sememangnya digeruni semua.
Dajal merujuk kepada maksud nabi palsu, pemesong akidah, si penyamar dan disebut secara saintifik dalam hadis-hadis nabi. Dikatakan sudah wujud sejak zaman dahulu dan dipanjangkan usianya. Setiap agama mempercayai kewujudan Dajal… bagi penganut agama kristian, mereka menmanggilnya Anti Kristus (anti-christ). Kali Purusha, itu pula nama yang disebut oleh pemengang kepercayaan agama Hindu.
Apapun nama yang diberi, ia dipercayai akan muncul pada akhir zaman nanti. Dan sebagai manusia biasa, jika Dajal muncul…adakah kita sudah bersedia?
Jikalau Dajal muncul, adakah kita sudah bersedia? Apakah tanda-tandanya menurut hadis sahih dan ayat Al-Quran? Ikuti novel keagamaan penuh debaran… tentang apa yang akan berlaku pada akhir zaman. Serius menginsafkan!
Anis –
No words to describe this book.sangat menginsafkan!!!!!!!!!!!! Bayangan tentang cara kemunculan dajal mungkin dapat menguatkan iman kepada sesiapa yang membaca