Permainan Gelap: Among Us

RM12.00

Penerangan

“Barang siapa yang menerima surat ini, anda kini sudah dikenakan sumpahan Sang Kelam. Sang Kelam mencari dendam dan membawa malang kepada penerima surat. Jika mahu selamat, buat salinan fotokopi surat ini dan sebarkan kepada tiga orang dalam tempoh tiga hari. Jika diabaikan, Sang Kelam akan datang menghantui.’

Sepucuk surat berantai secara tiba-tiba menjadi tular di kalangan warga Kolej Astana. Johan, pelajar tahun pertama kolej tersebut menganggap bahawa surat tersebut hanyalah sekadar gurauan yang tidak lucu.

Namun tragedi ngeri mula terjadi di kalangan para pelajar yang menggemparkan seluruh warga Kolej Astana! Satu persatu pelajar menjadi mangsa. Apatah lagi, salah seorang sahabat baik Johan yang bernama Linda menjadi korban utama! Apakah sumpahan surat berantai ini benar-benar wujud di zaman serba teknologi?

Kehidupan di Kolej Astana dihantui dengan ketakutan yang menggila. Beberapa klu yang ditemui Johan memberi keraguan berkenaan sumpahan yang melanda. Menggunakan kepakaran sebagai pakar gajet, Johan perlu mencari siapa dalang yang membuat kekecohan ini!

This curse must be among us…

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Permainan Gelap: Among Us”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…