Robot Pengawas

RM12.00

Penerangan

Pengawas sekolah sentiasa berperanan menjaga disiplin pelajar. Bertugas di pintu pagar, kelas, dan tandas… segala tindak-tanduk warga sekolah perlu diawasi agar tidak melebihi batas.

Namun bagaimana jika robot menjadi pengawas? Bukan manusia biasa… tetapi robot yang mempunyai pelbagai fungsi dan kecerdasan intelek, kini bertugas mengawal disiplin pelajar-pelajar.

Itulah yang berlaku kepada Bob dan Bad… si dua pembuat onar. Apa sahaja telatah nakal, robot itu pasti dapat mengesannya. Apa sahaja rancangan durjana, tentu dapat dipatahkan sedari awal! Inilah kisah peringatan beserta sketsa kelakar… ikuti lawak-lawak robot pengawas yang pasti akan mengenakan Bob dan Bad bertalu-talu sehingga mereka insaf!

Komik lukisan kreatif oleh CENDOL ini dijamin mencuit hati, ingat… jangan cari masalah dengan pengawas di sekolah masing-masing ya? Mana tahu itu robot penyamar rupa-rupanya!

KOMIKAW turut memastikan bahasa yang digunakan dalam komik ini adalah bahasa standard, mempunyai nilai moral juga membantu remaja menghadam bahan bacaan yang bermanfaat sambil bergelak ketawa.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Robot Pengawas”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…