IMPIANA 1: THE BEGINNING

RM30.00

Penerangan

Segalanya bermula bila ada sebuah majlis pertemuan semula para pelajar Sekolah Sri Bangsar. Setelah 10 tahun tidak bertemu mata, masing-masing kembali bersua pada fasa matang dewasa. Namun ramai betul sudah berubah rupa. Dahulu di sekolah langsing dan ramping, kini bila berumahtangga… jadi tiada ukuran pinggang lagi, gemuk semacam.

Ada yang ketika zaman sekolah bukan main bergaya, tiba-tiba sekarang sudah tidak mampu lagi mengikut peredaran fesyen terkini kerana poket sudah menipis.

Namun dalam ramai-ramai, semua terkejut dengan penampilan seorang gadis bernama Mimi Monira. Dahulu digelar badak air dan gergasi, kini tampil langsing bak biola. Malah sudah menjawat jawatan sebagai pramugari MAS Airlines.

Tatkala diasak berkali-kali diminta menceritakan rahsia boleh berubah rupa dengan sebegitu drastik, Mimi Monira menghulurkan sekeping kad bisnes. Tertera nama IMPIANA – sebuah syarikat yang boleh merealisasikan impian manusia dalam masa tiga bulan. Ia menjamin keberkesanan perkhidmatan dan berjanji bahawa segala jenis impian pun dapat direalisasikan.

Maka berduyunlah ramai yang mahu mencuba, mendaftar dan membayar RM7000 dengan segala macam impian minta direalisasikan. Tanpa mereka sedar… ada sesuatu yang perlu dikorbankan

Impiana 1: The Beginning adalah sebuah novel genre thriller yang memberi pengajaran mendalam tentang nafsu manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimilikinya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “IMPIANA 1: THE BEGINNING”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…