IMPIANA 4: THE FINALE

RM30.00

Penerangan

Dalang-dalang Syarikat Impiana Sdn. Bhd sudah diberkas, tetapi peneraju utamanya masih bebas. Buat semua yang pernah mendaftar, traumanya masih berbekas. Kini masing-masing cuba melupakan, mencari-cari makna sebenar impian manusia yang paling hakiki iaitu menikmati kehidupan yang bahagia, aman, dan tenteram.

Kisah penutup ini juga menyelusuri setiap impian yang berbeza, didambakan oleh semua. Namun adakah impian itu yang terbaik untuk kita? Atau ada sebab Tuhan tangguhkannya dek kerana seseorang itu sendiri belum bersedia.

Paling utama, perbicaraan Syarikat Impiana menjadi tumpuan. Hukuman yang menanti enam dalang yang mengaku diri mereka wakil malaikat akan diumumkan.

Impiana 4: The Finale ini semestinya memberi penutup kepada kisah-kisah semua watak. Ada bahagia, ada derita… namun itulah resmi hidup di dunia yang tidak lari dari ujian Yang Maha Esa.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “IMPIANA 4: THE FINALE”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…