IMPIANA 3: THE SACRIFICE

RM30.00

Penerangan

Ketakutan yang dirasai semenjak Syarikat Impiana Sdn Bhd muncul, kekal menjadi trauma paling maksima buat semua bekas peserta-pesertanya. Hanya kehadiran Fasharina binti Tan Sri Hisham menjadi penguat semangat. Sangka mereka dengan kehadiran anak VIP itu… cengkaman Impiana akan berjaya dileraikan dan segala kekusutan mampu diselesaikan.

Oleh sebab itu, dua lagi peserta yang berbaki masa terikat dengan perjanjian Impiana iaitu Nana dan Pai’e… terlihat lebih santai kerana mereka juga yakin diri kini lebih selamat.

Padahal, mereka terlupa bahawa pihak syarikat kekal mahu menunaikan janji, walau apa pun yang terjadi. Maka Nana dan Pai’e akan tetap menerima akibat atas impian yang sudah didaftarkan.

Lebih mendebarkan, Fasha yang diharap-harap dapat menggunakan pengaruhnya bagi menghapuskan Syarikat Impiana… tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Fasha sepatutnya ke Dubai, hilang di KLIA tanpa jejak.

Impiana 3: The Sacrifice adalah sebuah novel genre thriller yang menekankan betapa pengorbanan seorang sahabat itu mampu mengubah keadaan, jika niatnya benar-benar suci mahu menyelamatkan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “IMPIANA 3: THE SACRIFICE”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…