Penerangan
Fatya Latifah seorang pelajar lepasan PT3. Bersekolah di pinggir bandar, serba daif dan kurang kemudahan. Lebih malang, kemiskinan yang menghimpit kehidupan telah menyebabkan ibu Fatya, Puan Rafidah tidak berupaya melangsaikan hutang yuran persekolahan.
Akibatnya, keputusan PT3 Fatya ditahan. Teramat malu dan berasa masa hadapannya pasti tidak akan berubah… dia membuat keputusan berhenti sekolah. Pulang dengan kekecewaan dan fikiran melayang, Fatya hampir maut dilanggar lori! Mujur seorang gadis misteri menyelamatkannya. Malang tidak berbau, gadis bernama Nik Jannah itu pula diisytiharkan koma.
Meneliti latar belakang Nik Jannah, Fatya terkejut melihat dokumen tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh i-Bestari, sekolah paling berprestij di Kuala Lumpur. Melihat peluang keemasan yang terbentang, Fatya mengambil keputusan bertukar identiti dengan Nik Jannah! Dia ingin merasa pengalaman belajar di sekolah berprestasi tinggi. Padanya, itulah caranya mengubah nasib.
Tetapi mampukah Fatya menggalas identiti sebagai pelajar genius gred A+? Apakah cabaran berlawan dengan pelajar-pelajar hebat di sekolah itu? Adakah penyamarannya akan terbongkar? Semuanya akan terjawab di dalam novel A+ TILL JANNAH.
Nur Azlin –
This book so awesome
Fatin Ulfah –
#CABARANCUTISEKOLAH04
Nama:Nur Fatin Ulfah Bt Fazzrol Nizam
No.Ahli Rasmi:BTJ-047
Buku Yang Dipilih:A+ Till Jannah
Review~
Kesian Fatya.Geram dekat Fatya.Gembira saya tengok Fatya.
Itulah yang dirasai saya apabila membaca buku ini.Pengajaran yang banyak,terlampau banyak.Sedih melihat si ibu yang bekerja keras.Kasihan melihat Nik Jannah.
Fatya yang sedih dan tidak suka dengan kedaifan hidupnya memberontak dan melarikan diri dari rumah kerana si ibu tidak membayar yuran.Fatya tidak lah melarikan diri.Tetapi mencari hala tuju sendiri.Tanpa disedari dia hampir dilanggar lori.Arghhh..Adakah dia hidup?Adakah si ibu mampu untuk membayar yuran nya?
Mula-mula saya juga tertanya tetapi habis sahaja membaca saya mula sedar berapa pentingnya solat,berapa penting nya awal kan solat
Buku ini membuat kan saya tersedar
sekian~
Tamat~
Nurin Farzana Adilah –
Jannah seorang yang berjaya kerana dia sangat dekat dengan Tuhan. Selepas sahaja saya menghabiskan buku ini, saya dapat mempelajari bahawa pentingnya hubungan dengan Allah seperti Jannah. Fatya memberontak terhadap ibunya kerana kedaifan mereka. Selain itu, sentiasa bersikap jujur terhadap semua orang. Pelbagai pengajaran yang saya dapat di dalam buku ini.
Sharasofea Binti Mohd Iskandar (verified owner) –
Tak sabar nak baca!!
Ira Athirah –
Ala…nak beli😭😭ruginya…dah tak ada stok😅