Cinta Drama Korea

(1 customer review)

RM12.00

Out of stock

Categories: , Tags: , , , ,

Penerangan

Niel, Kim dan AJ adalah tiga pelajar pertukaran antarabangsa dari Singapura. Menggelar diri sebagai KPOP Boys dek kerana minat terhadap muzik Korea popular. Saban hari menerima hadiah dan perhatian terutamanya Niel, selaku ketua kumpulan yang kacak menawan. Pakej wajahnya dijadikan umpan memikat hati para gadis di Sri Bangsar dengan tujuan mengambil kesempatan.

Namun… masih ada seorang gadis yang tidak terpesona, malah menolak sekeras-kerasnya pengaruh KPOP yang dianggap menjengkelkan! Itulah pendirian Ika Ke’embong, pelajar Sekolah Sri Bangsar yang bekerja sambilan sebagai pelayan demi menyara kehidupan.

Konflik bermula apabila berlaku kemalangan kecil di kafe. Sejak kejadian tersebut, dua individu berbalah dan saling mengenakan antara satu sama lain. Perang baling sambal, poster memalukan dan asyik bertingkah kata setiap kali bersua muka!

Sehinggalah suatu hari, Ika menghilang… tidak hadirkan diri ke sekolah. Niel kebosanan dan perasaan benci mula berubah menjadi risau. Diam-diam, jejaka itu memendam perasaan kepada Ika.

Namun, Niel sudah terlanjur bicara dan Ika mula membenci tiada tara.
Bagaimanakah kesudahan hubungan? Berjayakah si gadis benci KPOP menerima perdamaian? Segalanya terjawab dalam CINTA DRAMA KOREA!

1 review for Cinta Drama Korea

  1. Nur Fazratul Erna

    Cerita ini memang terbaik!Saya meminati buku ini.Mula-mula saya ingat buku ini biasa-biasa sahaja ceritanya,tetapi selepas membaca bukunya memang sangat sedih.Saya harap ada Cinta Drama Korea 2,kerana saya tidak puas hati babnya sedikit sahaja saya harap ada sambungannya,dan babnya lebih banyak.Terima kasih.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *