Penerangan
Rasulullah S.A.W bersabda, “Perintahlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat bila berumur sepuluh tahun, dan pisahlah tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)”. (Riwayat Abu Daud).
Semua ibu bapa mahukan anak yang soleh. Diharap dapat menjadi penerus generasi keluarga, nusa dan bangsa. Paling utama, dapat berbakti kepada agama. Harapnya boleh menjadi salah seorang pemuda syurga. Memimpin ibu bapa ke lembah bahagia!
Namun harapan bukanlah semudah pelaksanaan. Dugaan zaman IT membuatkan jiwa anak-anak pada masa kini semakin mati. Dunia ‘game’ dan alam maya menjadi medium wajib dilawati setiap hari. Huh, jauh panggang dengan api mahu melihat ke masjid setiap dinihari! Silap-silap, solat culas gara-gara permainan yang tiada waktu tamat dan tidak henti-henti!
Ibu bapa mahu cuci tangan daripada amanah yang diberikan Tuhan? Jangan harap. Kelak ditanya, “Apa yang kalian lakukan demi mendidik anak-anak menjadi soleh?”. Terkaku kelu. Tiada jawapan. Majoriti lupa… Allah sudah turunkan panduan. Ia ada di dalam Al-Quran! Lihatlah Surah Luqman, khusus menceritakan kisah beliau berserta nasihat yang disampaikan kepada anak-anaknya.
Harapan agar anak-anak soleh kita menjadi putera syurga, di sana segak bergaya menjadi pemuda idaman setiap bidadari. Ia bukan mustahil tatkala iman senipis bawang, dilalaikan dengan dunia yang ternyata senda gurau dan khayalan semata. Ingatlah… berbaliklah kepada senjata muslim yang utama iaitu… DOA!
Reviews
There are no reviews yet.